Program

Sertai pelbagai program yang dirangka khas untuk memperkasa peserta dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Program-program yang  berteraskan nilai-nilai Islam dan dipandu oleh tenaga pengajar bertauliah.

KURSUS BAHASA ARAB INTENSIF 4 BULAN

Kursus Bahasa Arab Intensif 4 Bulan merupakan program pembelajaran khusus untuk membantu peserta menguasai asas-asas bahasa Arab dalam tempoh singkat dan berkesan. Kursus ini menekankan kemahiran komunikasi, pembacaan, dan penulisan melalui pendekatan sistematik. Sesuai untuk pelajar, profesional, dan individu yang ingin memperkukuh penguasaan bahasa Arab bagi tujuan akademik, kerjaya, atau peribadi.

Premium

Mingguan

PONDOK WARGA EMAS BAITUSSAADAH (AMBILAN 28 APR - 9 MEI 2025 )

Pondok Warga Emas Baitussaadah merupakan program khas selama dua minggu untuk warga emas yang ingin mengisi masa dengan aktiviti keilmuan dan kerohanian. Program ini merangkumi majlis bacaan kitab secara talaqqi & bersanad, wirid dan zikir harian, solat berjemaah, serta talaqqi Al-Qur’an secara peribadi (1 to 1). Sesuai untuk muslimin dan muslimat dengan penginapan berasingan mengikut jantina.

Premium

Berkala

BUSTAN AL-ARIFIN BAITUSSAADAH

Majlis Bustan Al-Arifin Baitussaadah merupakan majlis ilmu mingguan yang diadakan khusus untuk para pencinta ilmu yang ingin mendalami ilmu aqidah dan tasawwuf.

Tarikh: Setiap selasa

Masa: 9.00pm

Tempat: Syafie Golden Hall

Pengajar: Prof. Dr. Sheikh Omar Kalash Al-Hussainyy

Percuma

Mingguan